Program Motivasi Bersama Nova Q

Program Motivasi Bersama Nova Q

Tawaran Mengendalikan Program Motivasi

Tawaran Mengendalikan Program Motivasi

PROGRAM LONJAKAN PROFESIONALISME PEMIMPIN PELAJAR

MODUL PEMBANGUNAN KEPIMPINAN DIRI & PENGUKUHAN KEMAHIRAN KERJA BERPASUKAN DALAM KALANGAN PEMIMPIN PELAJAR
 “BERKONGSI INSPIRASI BERKUALITI”
Disediakan Oleh : Nova Q Services


1.0 RASIONAL
Generasi muda merupakan generasi pelapis yang akan menerajui kepimpinan negara,agama dan bangsa. Apabila generasi emas sudah tiada, maka peranan generasi muda pada hari ini amatlah penting. Sekiranya generasi ini tidak dibentuk dengan sifat kepimpinan yang baik, maka negara ini akan terancam dengan kelahiran pemimpin yang tidak baik.

Hollander (1984) mendefinisikan:

“Kepimpinan adalah satu proses pengaruh-mempengaruhi antara            pemimpin dan pengikut. Walaupun mempunyai kuasa, tetapi kekuatan pengaruh lebih bergantung kepada kerelaan berbanding paksaan. Hal ini disebabkan proses kepimpinan selalunya melibatkan pengaruh yang bersifat dua hala, tujuannya bagi mencapai matlamat. 

            Menurut perspektif Islam, setiap orang yang beriman adalah khalifah di muka bumi yang tindakan dan perbuatannya sentiasa dalam pengawasan Allah s.w.t. Firman Allah di dalam surah Al-Baqarah ayat 30:


“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: ‘Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi’. Mereka berkata: ‘Mengapa Engkau hendak menjadikan khalifah di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?’ Tuhan berfirman: ‘Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui’

Ayat ini mengisyaratkan bahwa khalifah (pemimpin) adalah pemegang mandat Allah SWT untuk mengemban amanah dan kepemimpinan langit di muka bumi.

Kepimpinan dalam Islam adalah berasaskan kepada nilai murni yang mendapat keredhaan Allah s.w.t. Matlamat kepimpinannya adalah untuk kebaikan dan kebajikan semua makhluk. Dalam melaksanakan kepimpinannya, pemimpin tidak boleh bertingkah laku sewenang-wenangnya, iaitu terkeluar daripada landasan perintah Allah s.w.t. atau melakukan perbuatan yang dilarang. Kepimpinan juga harus mampu mengarah, dan membimbing orang lain untuk sesuatu kegiatan.

Justeru, Program Lonjakan Profesionalisme Pemimpin Pelajar dirancang untuk membentuk sifat bertanggungjawab dan menyuburkan sifat kepimpinan dalam di dalam diri pemimpin pelajar. Kursus ini akan dipimpin oleh Jurulatih dan Fasilitator yang berpengalaman luas, menggunakan modul-modul ‘teambuilding’ yang sesuai dengan peringkat. 


Di akhir kursus ini, peserta seharusnya mencapai objektif berikut:

1.                1. Memahami karektor diri dalam membentuk nilai kerja dan kaedah 
               berkomunikasi dengan orang lain
2.    Memupuk kemahiran generik dalam diri dan pasukan agar dapat mencapai kerja dan hasil berkualiti
3.    Membentuk daya kepimpinan dan karisma dalam menjalakan tugas dan tanggungjawab selaku pasukan kerja
4.    Membentuk pasukan kerja yang  erat bekerjasama & saling produktif dalam membantu organisasi mencapai misi dan visi
5.    Membina dan memperkukuhkan daya psikologi kepimpinan dalam meningkatkan mutu kerja seterusnya melonjakkan pencapaian semasas ke arah yang lebih baik
6.    Mempertingkat kesedaran tentang pengurusan masa dan kecekapan di dalam melaksanakan tugas.




Dengan berlangsungnya program ini, kami berharap agar anak didik kami mampu menjadi seorang pelajar yang berdisiplin, cemerlang dunia akhirat, seimbang dunia akhirat, mempunyai akhlak yang mantap, seterusnya mampu mencapai misi dan misi kami untuk membentuk modal insan yang taat kepada perintah agama dan bersikap professional dalam setiap perbuatan.

2.0 METODOLOGI PROGRAM

Program ini sesuai untuk bagi Pelajar Sekolah Menengah dan Rendah serta Pelajar IPTA/IPTS dalam bentuk:

  • Ceramah
  • Seminar sehari
  • Kem tidak bermalam
  • Kem bermalam


Konsep pembelajaran menggunakan 30% teori dan 70% praktikal.

Pendekatan yang digunakan di dalam program ini adalah menggunakan kaedah edutainment :-
 “Experiential learning
        Simulasi cabaran,
       Role Play
        Percambahan minda,
        Latihan dalam kumpulan (LDK),
        Ceramah interaktif
        Aktiviti Fizikal

Semua teknik ini dipraktik mengikut kesesuaian supaya proses pembelajaran tidak membosankan. Konsep rangsang, dengar, lihat dan praktik akan digembelingkan sepanjang program ini.



3.0 CONTOH MODUL PROGRAM





Taklimat Program dan Pecahan AIS!

Dalam slot ini,setiap peserta akan berkenalan antara satu sama lain, membuat aktiviti-aktiviti modul ringan, belajar tepukan tema program, latihan lagu tema program ,memilih Penghulu program dan beberapa tugasan yang mengikat hubungan antara peserta dengan program.



Sebarkan Pertalian!

Para peserta akan diminta berkenalan di dalam satu kumpulan dan mereka akan disatukan di dalam kumpulan-kumpulan mengikut kesesuaian. Kemudian di dalam slot ini, mereka akan diberikan beberapa barang amanah secara individu dan kolektif.



Ketua Buta


Setiap kumpulan peserta akan memilih seorang ketua. Ketua-ketua ini akan diikat matanya dengan kain. Kemudian, kesemua ahli diikat dengan tali dan mereka dikendaki mencari barang-barang mengikut klu sambil terikat.


Ceramah 7 Prinsip Pemimpin Sekolah

Ceramah ini memberikan penekanan terhadap gerak kerja sebagai seorang Pemimpin Pelajar Sekolah, tangunggjawab-tanggungjawab dan kedudukan mereka sebagai seorang pemimpin pemimpin pelajar. Di sini, penceramah akan membuka minda para peserta bahawa mereka mempunyai tanggungjawab yang lebih besar.

LDK: Peta Manusia

Permainan ini adalah selingan kepada ceramah Sebarkan Amanahmu! Setiap kumpulan akan diberikan sehelai kertas mahjung. Kemudian mereka diminta untuk melukis peta sekolah dan dibelakangnya lukisan manusia. Mereka akan diminta untuk menggunting lukisan-lukisan tersebut, dan kemudian mencantumkan semula lukisan tersebut.


Modul Permainan: Polis.Bomba.Ambulans

Para peserta akan di uji kekuatan mental, fizikal dan kepantasan untuk mengharungi 3 checkpoint yang mencabar. Di sini kerjasama merupakan aset terpenting bagi mengharungi cabaran-cabaran di setiap checkpoint yang disediakan.




Sebarkan Eksplorasimu!


Setiap peserta perlu ke checkpoint-checkpoint yang akan dipimpin oleh fasilitator. Antara modul yang ditekankan di dalam slot ini adalah:


Checkpoint 1: Menguji sifat kerjasama

Checkpoint 2: Menguji sifat kepimpinan

Checkpoint 3: Menguji ketahanan mental

Checkpoint 4: Menguji ketahanan fizikal

Checkpoint 5: Menguji kemahiran berfikir

Checkpoint 6: Menguji ketahanan fizikal

Checkpoint 7: Kemahiran fokus

Checkpoint 8: Kepentingan disiplin dan berakhlak mulia

Checkpoint 9: Kepentingan mendengar arahan rakan seperjuangan

Checkpoint 10: Menguji sifat kerjasama

Checkpoint 11: Kepentingan mendengar arahan Ketua


Checkpoint 12: Menguji sifat kepimpinan 




Ceramah: Sebarkan Ucapanmu!

Ceramah ini menfokuskan tentang cara-cara pengucapan awam dan komunikasi secara profesional. Ia bertujuan meningkatkan keyakinan dan memberikan teknik-teknik berucap di hadapan orang ramai. Setiap kumpulan akan dibahagikan bersama fasilitator yang akan mengajar secara peribadi tentang ucapan awam.


Ceramah: Sebarkan Personaliti Kepimpinanmu!
Ceramah berdurasi 1 jam 30 minit ini akan menerangkan tentang cara-cara berpakaian, berjalan dan bercakap secara professional sebagai seorang pemimpin.




LDK: Bantahan Kami!

Semua Ahli Majlis Tertinggi sekolah akan dipisahkan dengan peserta lain. Fasilitator akan memberikan situasi di mana, kononnya surau sekolah mereka akan dirobohkan untuk tujuan pembangunan. Peserta lain diminta membantah isu itu, manakala Ahli Majlis Tertinggi pula perlu menyelesaikan isu tersebut dengan cara diplomasi.
Minum Petang, Solat Asar



Modul Ular Titi

Peserta akan berada di dalam kumpulan di mana mereka akan menyembunyikan name tag mereka di sekitar kawasan kem, Kemudian mereka akan diikat di antara satu sama lain kecuali ketua kumpulan dan mereka diminta untuk mencari semula name tag mereka bersama sama ahli kumpulan mereka

Modul Permainan Tactical War

Setiap kumpulan dikehendaki membakar telur masak. Walaubagaimana pun, mereka juga diberikan peluru untuk menghancurkan masakan orang lain. Oleh itu, kerjasama yang kuat diperlukan bagi menghalang dan memasak telur di dalam kumpulan masing-masing.

LDK: Parlimen Mini

Parlimen Mini adalah salah satu modul khas untuk memberikan peluang kepada semua peserta memberikan pendapat terhadap usul yang dibawa oleh fasilitator. Antara usul yang dibentangkan adalah seperti ‘Siapakah yang bersalah dalam isu gejala sosial di sekolah’ atau ‘Siapakah yang bertanggungjawab sekiranya anak-anak muda rosak’. Ia diadakan bagi menyemai sifat tanggungjawab di dalam diri setiap peserta disamping melahirkan pemimpin sekolah yang berani bersuara.




4.0 SEBUT HARGA

Sebut harga bagi Program Lonjakan Profesionalisme boleh didapati di SINI atau sekiranya berminat mengadakan di Kem Rimba Ria Suara Hutan, boleh klik di SINI.

Sekiranya ingin bernegosiasi tentang harga, anda boleh emelkan ke novaqservices@gmail.com atau hubungi +6017-2329394 (FARID).













No comments:

Post a Comment